Apa itu kebolehkesanan (traceability) dan panggilan balik produk (product recall)?


NURUL QURRATU' AINI BINTI AHMAD SHAARI
DPH201924188
(DPIH 5H)



 Kebolehkesanan Produk (traceability).

Sistem kebolehkesanan produk itu diwujudakn agar produk dapat dikenal pasti supaya tindakan yang    boleh diambil untuk menarik balik semua produk yang disyaki. Selain itu, kebolehkesanan ini harus      bermakna bahawa pergerakan dapat dikesan dengan satu langkah langkah ke belakang dan satu          langkah ke hadapan pada bila-bila rantaian bekalan. Ini adalah langkah-langkah tersebut:


Sebagai seorang pengusaha makanan sistem kebolehkesanan produk ini adalah amat penting dalam      menghadapi risiko bahaya yang boleh berpunca daripada makanan demi untuk keselamatan pengguna semua. Berikut adalah merupakan kepentingan sistem kebolehkesanan produk:
         i. Mengenalpasti risiko dan punca masalah  serta dapat mengesan ke belakang kepada punca 
            untuk mengasingkan masalah.
        ii. Menghalang produk yang tercemar daripada sampai kepada semua pengguna.
       iii. Mengurangkan impak buruk kepada perniagaan dengan membolehkan penrikn balik pada 
            makanan yang terlibat sahaja.
       iv. Pengguna akan mendapat maklumat tepat bagi produk yang bermasalah dan juga
            mengurangkan kerugian yang bakal ditanggung oleh syarikat.

Untuk keperluan am bagi pengusaha makanan yang patut tahu dan perlu didokumenkan. Keperluan        am ini terbahagi kepada empat iaitu:
         i. Nama dan alamat pembekal dan pelanggan.
        ii. Perihal produk dan tarikh penghantaran.
       iii. Maklumat berhubung dengan kuantiti produk.
        iv. Nombor batch.

Syarikat makanan juga berupaya untuk menyediakan bukti pada setiap peringkat apabila berlakunya sesuatu masalah kepada produk yang dihasilkan.

         
      
      i. Tindakan yang pertama.
           
                           

      ii. Tindakan yang kedua.
         
                                    

     iii. Tindakan yang ketiga.



      iv. Tindakan yang keempat.

                          

Pengusaha makanan itu perlu memastikan yang perkara-perjara dalam senarai semak bagi tindakan pertama hingga tindakan keempat boleh diisi iaitu perlu adanya maklumat di kilang. Oleh itu, sekiranya terdapat kekurangan maklumat atau tiada maklumat yang diperlukan, pengusaha makanan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya. Ianya juga untuk memastikan sistem kebolehkesanan ini dilaksanakan, pengusaha makanan perlu menyediakan dokumentasi yang lebih sistematik. Disini saya akan lampirkan gambaran keseluruhan sistem kebolehkesanan (traceability).




Panggilan Balik Produk (product recall)

Penarikan balik produk adalah bertujuan untuk mengeluarkan produk makanan yang boleh menimbulkan risiko kesihatan atau keselamatan dari pengedaran, penjualan dan penggunaan. Selain itu, penarikan balik makanan boleh berlaku kerana laporan atau aduan daripada pengeluar, pemborong, peruncit, kerajaan dan pengguna. 



Proses ini bermula apabila dan selepas audit halal dalaman telah dijalankan. Hasil audit akan mengkategorikan NC kepada 3, yang serius,major dan minor. Bukan itu sahaja, hanya NC serius dan major yang akan menyebabkan penarikan semula produk. Untuk mock recall pula perlu dilakukan sekurang-kurang sekali setahun. Selain itu, kenyataan rasmi dari syarikat perlu mengandungi beberapa maklumat peting termasuk : 
       i. Nama produk.
      ii. Nombor batch.
     iii. Sebab untuk penarikan semula produk.
     iv. Program pembetulan (di mana untuk kembali, tempoh masa, pampasan).
       v. Nombor telefon / hotline.

Kelas penarikan semula produk.
- Dikelaskan mengikut keseriusan risiko Halal dan kesan buruk daripada produk tersebut.
   

Tahap penarikan balik.
- Tahap panggilan semula produk bergantung kepada jenis masalah itu sejauh mana pengedaran produk 
   dan tahap risiko halal terlibat.



Penyebaran Notis Penarikan Semula Produk.

Tahap A:
- Kepada semua peringkat sehingga pengguna akhir.
- Tahap penarikan semula akan digunakan pada semua kelas I.
- Penarikan semula ini dijalankan dalam keadaan-keadaan yang agak jarang berlaku apabila ia adalah 
  untuk menghentikan semua penggunaan produk dengan sebagainya dengan segera dan untuk 
  mendapatkan semula stok yang telah sampai kepada pengguna.
- Pengguna diberi amaran melalui kenyataan media yang bertujuan untuk segera memberi amaran 
  kepada orang ramai melalui radio, televisyen dan akhbar.

Tahap B:
- Penarikan semula ini adalah kepada kelas I & II.
- Semua pemborong akan dikenal pasti dan diminta untuk menyediakan senarai semua tempat jualan 
  yang boleh dikenalpasti melalui rekod pengedaran.
- Notis penarikan balik akan dihantar atau difaks ke semua tempat jualan.
- Pada masa yang sama wakil dari syarikat akan dihantar kepada semua tempat jualan untuk 
  mendapatkan semula produk.

Tahap C:
- Kepada pemborong dan stokis.
- Tahap penarikan balik akan melibatkan kepada kelas I & II.
- Pemborong dan stokis akan dihubungi oleh wakil-wakil syarikat untuk mendapatkan semula semua
   produk berkenaan daripada pemborong dan stokis.



Lampiran proses panggilan balik produk (product recall).


Sekian dari saya. Terima kasih.












 














 

 

Comments